Bajet 2023: Guan Eng kata PH belum buat keputusan sokong atau tolak

 

 

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya ingin melihat bajet yang dibentangnya nanti adalah ‘gula-gula Pilihan Raya Umum (PRU)’ atau benar-benar untuk rakyat.

Namun, Guan Eng dalam masa yang sama turut mengingatkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak membuang masa PH untuk tetap membentangkan Bajet 2023 jika berniat untuk membubarkan parlimen sebelum ia diluluskan.

“Kita tidak mahulah buat spekulasi awal-awal, tetapi kita akan pertimbangkan dulu sama ada bajet ini benar-benar untuk rakyat atau bagaimana.

“Saya nak ingatkan Perdana Menteri, kalau ada niat nak bubar, jangan bentang Bajet, buang masa kami sahaja. Tetapi kalau dah bentang, teruskan sahaja sehingga sempurna,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab sama ada PH akan menyokong atau menolak Bajet yang bakal dibentangkan Jumaat ini berikutan tiada lagi Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan PH.

Sementara itu, Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) turut berkata, beliau yakin yang bajet kali ini adalah ‘gula-gula’ untuk rakyat.

“sudah semestinya kerajaan akan menggunakan kedudukan sebagai kerajaan untuk memberi gula-gula semaksimum kepada pengundi mereka.

“Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum lalu sehingga sekarang, rakyat dah cerdik, mereka tahu apa itu gula-gula Pilihan raya atau menjamin masa depan anak cucu kita,” ujarnya

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker