Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Kediaman rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, dilihat lengang tanpa sebarang pergerakan.

Tinjauan portal Harian Metro, hari ini mendapati beberapa pengamal media sudah berkumpul bagi mendapatkan maklumat lanjut.



Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang ditemui mengakui kediaman terbabit tidak berpenghuni.

“Tiada apa-apa, kita pun tidak dimaklumkan apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan Najib dikatakan mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan, semalam.

Terdahulu pagi ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang turut berada dalam lembaga itu secara ringkas memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.



Katanya, mesyuarat itu diadakan di Istana Negara, namun tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi berkenaan akan dikeluarkan.

Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan Najib

Bagaimanapun, Zaliha enggan mengulas lanjut.

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker