Bunkface ‘bergema’ di Borneo

Bunkface ‘bergema’ di Borneo

DIKENALI dengan persembahan bertenaga dan menghiburkan, Bunkface kembali mengubat kerinduan peminat di sekitar Borneo apabila bakal menjayakan konsert di Negeri Di Bawah Bayu.

Menerusi konsert Bunkface Rock In Borneo yang dijadualkan berlangsung di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Julai ini.

Ia pastinya bakal menjadi malam yang tidak dapat dilupakan buat peminat setia mereka.

Bunkface yang popular dengan lagu seperti Situasi, Revolusi dan Panik tidak dinafikan mempunyai pengaruh tersendiri.

Penampilan mereka dalam industri muzik memberi impak besar sehingga berjaya mencipta nama dengan beberapa pengiktirafan dan pencapaian dalam arena muzik tanah air.

Kumpulan dianggotai Sam (vokalis), Youk (bass), Paan (gitar) dan Biak (dram) ditubuhkan sejak 2005.

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam berkata, acara itu menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan dengan bunyi rock yang bakal bergema di seluruh gelanggang.

“Sebenarnya kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo dan ramai peminat dari sana turut menantikannya.

“Kami bersyukur dengan peluang yang diberikan daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang memberi amanat dana persembahan muzik 2022/2023 kepada syarikat kami,” katanya.

Sementara itu, pemain gitar bass, Youk turut berkata, selain menghadiahkan sebuah konsert kepada peminat di Borneo, dia berharap lebih banyak acara seperti ini dilanjutkan di daerah lain sekitar kepulauan ini.

Lebih menarik, peminat berpeluang menyaksikan kecergasan dan semangat rock sebenar yang akan dipersembahkan Bunkface pada malam itu.

Tidak sampai setahun muncul sebagai kumpulan rock, Bunkface berjaya menarik perhatian ramai menerusi pembabitan mereka dalam acara TV Blasstoff hit pada 2006.

Dalam pada itu, Bunkface turut didekati oleh Animonsta Studios bagi menyumbangkan dua runut untuk filem animasi BoboiBoy: The Movie yang berjudul Bermula dan Masih Di Sini.

Lagu itu diperkenalkan kepada umum dalam treler BoboiBoy: The Movie yang ditayangkan pada 25 September 2015 dan meraih lebih 22 juta tontonan di YouTube.

Lebih mengujakan, Bunkface pernah dijemput untuk beraksi di Summer Sonic Festival 2015 di Tokyo, Jepun pada Ogos 2015 lalu.

Tiket menyaksikan konsert Bunkface Rock In Borneo bermula dari RM88 hingga RM158 sudah mula dijual sejak bulan lalu. HM

Bunkface ‘bergema’ di Borneo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker