PRU-15: Perjumpaan Khas UMNO bersama PM dan Presiden di PWTC kini bermula

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kelihatan ceria ketika tiba pada perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Himpunan terbesar Umno ini dibuat selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Jumaat lalu memaklumkan parti itu mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Dilihat memasuki secara bersama ke dalam dewan adalah Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib Presiden Khaled Nordin.

Ismail kelihatan memasuki dewan bersama Naib Presiden Mahdzir Khalid.

Semalam, memetik sumber pertemuan hari ini merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata enggan mendedahkan agenda mesyuarat bersama 191 ketua bahagian hari ini.

“Selepas mereka berucap barulah saya tahu,” katanya sambil ketawa.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker