Ini sebab mengapa PAS perlu memilih UMNO bukannya Bersatu

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan UMNO merupakan pasangan terbaik dan gandingan ideal untuk Pas menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, ia berikutan UMNO mempunyai kelebihan dari segi jumlah ahli dan barisan jentera akar umbi berbanding Bersatu.

“Harus diingat, Bersatu hanya menang 13 kerusi pada PRU sebelum ini.

“Jadi, pertambahan jumlah kerusi yang ada itu adalah disebabkan oleh tindakan lompat parti daripada ahli UMNO dan parti UMNO anggap tindakan itu sebagai pengkhianat,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Ulas Jeniri, Pas perlu membuat pertimbangan teliti dalam memilih pasangan yang dapat memberi keuntungan kepadanya.

“Pertimbangannya adalah untuk akur syarat dan tuntutan daripada UMNO.

“Jika UMNO dan Pas jalin kerjasama, ia akan beri keuntungan kepada kedua-dua belah pihak, memungkinkan mereka untuk menang lebih banyak kerusi pada PRU15, berbanding Pas bekerjasama dengan Bersatu

“Disebabkan PRU makin hampir, Pas perlu buat satu keputusan muktamad berdasarkan perkiraan parti mana yang akan memberi manfaat kepadanya,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, Pas perlu segera membuat keputusan supaya perancangan dan strategi dari segi pembahagian kerusi dapat dibuat dengan cepat.

Jelasnya, Pas harus kembali kepada asas perjuangan mereka dengan UMNO sebelum ini iaitu Muafakat Nasional (MN).

“Kalau Pas sudah buat satu keputusan pasti berdasarkan perkiraan politiknya, maka ia akan membuka ruang mereka untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker