UMNO hormat apa sahaja keputusan Pas

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berpandangan apa sahaja keputusan Pas, sama ada ingin menjalin semula kerjasama politik dengan partinya atau sebaliknya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dihormati.

Menurutnya, ini kerana UMNO memahami setiap keputusan yang dibuat sesebuah parti tertakluk kepada sistem dan jawatankuasa masing-masing.

“UMNO menghormati setiap organisasi parti kerana kita tahu setiap perkara itu mestilah dibincangkan dan dibawa kepada majlis tertinggi atau jawatankuasa mereka.

“Tetapi, apa yang UMNO ingin nyatakan bahawa kita tiada masalah jika mereka (Pas) tidak mahu terus bersama dengan UMNO. Kalau jawatankuasa mereka (Pas) setuju, alhamdulillah.

MOHD RAZLAN
MOHD RAZLAN

 

“Maksudnya, kalau Pas setuju (jalin kerjasama dengan UMNO) kita akan teruskan perbincangan dan jika tidak setuju pun kita hormati hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah beliau, UMNO kekal dengan pendirian menghormati keputusan parti-parti lain yang ingin bekerjasama dengan mereka, bukannya seperti diamalkan Bersatu.

“Kita bukan seperti Bersatu yang mengugut dan beri kata dua kepada Pas tetapi kita faham parti kecil sebegitu (Bersatu) membuat tindakan sedemikian kerana ingin menunjukkan bahawa mereka berkuasa dengan membuat desakan sedemikian,” kata Mohd Razlan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker