PRU15 dalam masa terdekat, PDRM nyatakan kesediaan

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membuat persediaan rapi dari segi sumber manusia dan aset bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata justeru, pasukannya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia jika PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

“Untuk PRU15 sekarang ini nampaknya sedang hangat diperkatakan dan seperti mana tahun terdahulu, PDRM dah buat persiapan rapi dari pelbagai sumber terutama manusia dan aset-aset bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya itu.

“Insya-Allah dengan persiapan kita laksanakan dan aturkan, pilihan raya akan berjalan lancar, tenteram dan aman. Kalau PRU15 dalam masa terdekat kami pihak polis sedia berkhidmat jadi kita sentiasa siap sedia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Pulau Pinang Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Pangkalan Polis Marin Batu Uban, di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali.

Pada 30 Sept lepas, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu dalam ucapannya, Acryl Sani berkata sejak Januari hingga Ogos tahun ini, Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merekodkan nilai rampasan sebanyak RM292 juta membabitkan 5,103 kes melibatkan kesalahan penyeludupan kontraban, migran, khazanah negara, dadah dan lain-lain berbanding 4,463 kes dengan nilai rampasan RM247 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata peningkatan jumlah kes dan nilai rampasan bagi tempoh kajian itu membuktikan bahawa tindakan proaktif PPM membuahkan hasil.

“Masyarakat menganggap bahawa PPM hanya menjalankan tanggungjawab menjaga perairan negara, namun pada hakikatnya fungsi PPM adalah jauh lebih luas dan mencabar.

“PPM antara barisan hadapan yang turut sama berusaha membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan penyelewengan sumber khazanah laut dan hasil hutan yang menyebabkan ketirisan hasil negara,” katanya.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker