PRU-15: Isyarat PM adalah jelas bila-bila masa dalam waktu terdekat

KUALA LUMPUR: Perjumpaan Khas Presiden UMNO dan Perdana Menteri bersama kepe­mimpinan bahagian dan sayap-sayap parti itu esok adalah isyarat jelas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, pertemuan tersebut yang disertai pimpinan utama parti memperlihatkan keseriusan UMNO terhadap isu pembubaran Parlimen.

Tambahnya, perjumpaan khas itu turut menunjukkan kebersamaan dalam mencapai satu objektif iaitu bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) meskipun ada pihak yang mendakwa UMNO berpecah dua.

“Apabila kepemimpinan besar khususnya membabitkan Presiden dan Perdana Menteri bersekali bersemuka dengan penjawat-penjawat utama parti di peringkat bahagian, itu adalah isyarat bahawa kita perlu melengkapkan persediaan dan meletakkan apa sahaja persoalan dan kepentingan lain ketepi, demi satu objektif bersama.

SEPAKAT

“Harapan secara keseluru­han­­nya adalah menekankan kesepakatan meletakkan parti dan tawarannya kepada rakyat di hadapan. Saya yakin perjumpaan ini mencerahkan ke­utamaan parti adalah untuk menang PRU dan memimpin negara lebih baik untuk rakyat,” katanya semalam.

Satu perjumpaan khas membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual berlangsung Selasa ini dengan membabitkan semua pimpinan utama parti berkenaan.

Perjumpaan itu susulan me­syuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 30 September lalu yang sebulat suara bersetuju Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi memboleh­kan PRU15 diadakan tahun ini juga.

Dalam pada itu, Ketua Pene­rangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, perjumpaan khas berkenaan membuktikan tiada perpecahan da­lam parti dan boleh duduk bincang bersama dalam mencari titik kebersamaan bagi memenangkan parti pada PRU-15.

“Ia sekali gus menepis tohmahan, tuduhan apatah lagi propaganda dari pelbagai pihak yang mendakwa terdapat persete­ruan di kalangan pemimpin ter­tinggi UMNO,” katanya.

“Bagi Wanita, pertemuan me­libatkan semua pimpinan utama parti merupakan satu manifestasi yang UMNO sentiasa sepakat di samping mengiktiraf kepen­tingan semua sayapnya, terma­suklah peranan Wanita dan Pu­teri khususnya,” ujarnya lagi.

Pada 24 Jun lalu, Ismail Sabri tidak hadir ke mesyuarat MT UMNO selepas pengguguran Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman sebagai ahli MT parti itu.

Begitu juga pada 27 Ogos lalu, Perdana Menteri turut tidak hadir ke taklimat khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker