Azeem tepati ramalan! Catat bawah 21 saat acara 200m di Jepun

KUALA LUMPUR: Raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mengakhiri musim 2022 dengan menduduki tempat kelima dalam acara 200m lelaki pada saingan Cabaran Olahraga di Jepun, hari ini.

Atlet pecut muda negara dari Perak berusia 18 tahun itu merakamkan catatan bawah 21 saat (s) iaitu 20.98s di Stadium Denka Big Swan, Niigata.

Ia merupakan pencapaian keempatnya merakamkan catatan bawah 21s untuk tahun ini dengan catatan masa peribadi terbaiknya 20.83s ketika memenangi perlumbaan saringan pusingan awal 200m pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, Ogos lalu.

“Saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dan catatan masa yang dibuat Azeem di sini, selepas mencatatkan 21s pada separuh akhir. Walaupun tamat saingan di tempat kelima, yang penting adalah konsistensi.

“Selepas ini beliau akan membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat,” kata jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, ketika dihubungi di Niigata.

Sementara itu, pelari pecut Jepun menakluki podium dalam acara tersebut apabila Uzawa Toba memenangi emas dengan catatan 20.60s, diikuti Keigo Yasuda (20.75s) dan Uemoto Naoki (20.94s).

Dua minggu lalu, Muhammad Azeem mengungguli acara 100m dengan catatan masa 10.25s pada temasya Sukma di Stadium Nasional Bukit Jali dan menghuni tempat kedua acara 200m dengan masa 21.03s di belakang pemenang Muhammad Arsyad Md Saat dari Johor dengan masa 21.02s.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker