Bukit Gantang milik PAS, Bersatu bakal berputih mata

BUKIT GANTANG: Pas akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata, bagaimanapun calon yang akan mewakili parti itu belum diputuskan dan keputusan akan dibuat oleh pucuk pimpinan Pusat.

“Tengok pada hari kejadian nanti, parti yang akan tentukan perkara itu.

“Yang pasti Pas akan bertanding di Bukit Gantang, siapa calon yg diletakkan kita tidak tahu lagi… sebab dalam Pas, kita tidak berebut-rebut, Pas bukan macam parti lain,” katanya.



Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan bantuan berjumlah RM29,500 kepada seorang penduduk, Abu Hassan Saad bagi memperbaiki kediamannya yang daif di Changkat Ibol, di sini, hari ini.

Idris berkata, beliau akan membawa pandangan parti, bukan pandangannya sendiri, dalam mesyuarat yang dijadualkan Sabtu hadapan.

“Pimpinan Pusat akan mengeluarkan kenyataan tentang keputusan dalam mesyuarat itu nanti,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dijangka menjadi antara kerusi yang menjadi rebutan kerana Idris dikatakan ingin bertanding di kerusi itu yang pernah dimenanginya pada PRU13.



Pada PRU14, Syed Abu Hussin Hafiz Syed yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menewaskan Idris sebelum menjadi Ahli Parlimen Bebas dan kemudiannya menyertai Bersatu.

Pada 16 September lalu, Syed Abu Hussin membayangkan kemungkinan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu atas tiket Bebas sekiranya tidak terpilih mewakili parti pada PRU15.

Bagaimanapun, pada 23 September, beliau menyatakan kesediaan untuk memberi laluan sekiranya ada calon yang lebih baik untuk bertanding di Parlimen itu.

Menurutnya, apa yang penting ialah calon itu mestilah boleh memberi khidmat dan diterima oleh rakyat.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker