ChatGPT bakal atasi Google

ChatGPT bakal atasi Google

Platform ChatGPT kian meningkat populariti di kalangan pengguna internet dunia. Malah, ramai orang lebih selesa menggunakan platform itu untuk membuat carian maklumat berbanding enjin carian Google.

Fenomena ini sememangnya membimbangkan pihak Google. Perkara ini diakui sendiri oleh Paul Buchheit iaitu pencipta Gmail yang mana berpendapat bahawa perniagaan Google berpotensi untuk lingkup.

Lebih terperinci, beliau menyatakan jika Google tidak bersaing dengan ChatGPT yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), berkemungkinan besar perniagaan Google akan lingkup dalam tempoh dua tahun lagi.

ChatGPT baru sahaja dilancarkan pada November 2020 lalu. Namun dalam tempoh singkat sahaja kini menjadi platform utama pengguna untuk bertanyakan pelbagai soalan.

Berbeza dengan engin carian Google, ChatGPT bukan hanya menyampaikan respon kepada hasil carian malah turut menjawab dalam gaya bahasa perbualan yang santai dan mudah difahami oleh pengguna.

Kebolehan menjawab soalan dalam pelbagai bahasa juga membuatkan pengguna internet lebih selesa menggunakan platform ChatGPT di dalam seharian. Aplikasi kecerdasan buatan seumpama ini sudah menjadi elemen penting di dalam era digital ini. Vc

ChatGPT bakal atasi Google

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker