Ini bukan kali pertama Anwar bersandiwara – Asyraf

Sebaran :


KUALA LUMPUR – “Lagipun ini bukan kali pertama Anwar bersandiwara.”

Itu reaksi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan ada kerjasama dengan partinya dengan UMNO.

“Justeru sama ada Anwar berbohong ataupun beliau sendiri tertipu dengan tanggapannya sebagai rundingan kerjasama, yang sebenarnya hanyalah sekadar perbualan kosong yang tiada sebarang makna, kesan ataupun natijah,” katanya dalam interbiu dengan Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO yang disiarkan hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, UMNO masih kekal dengan pendirian tiada sebarang kerjasama politik dengan mana-mana parti politik PH sama ada PKR, DAP ataupun Amanah.

“UMNO sebuah parti yang bersistem dan berperaturan. Sebarang keputusan dasar termasuk melibatkan perundingan kerjasama politik hanya sah dan terpakai jika mana-mana pihak menerima Mandat untuk berunding daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan rundingan Kerjasama dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi dan disahkan di peringkat Perhimpunan Agong UMNO (sebagaimana Peruntukan Perlembagaan Parti),” katanya dipetik dari UMNO Online.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung dakwaan Anwar kononnya terdapat perbincangan antara UMNO dan PKR yang menunjukkan perkembangan positif.

Jelasnya, sehingga hari ini, tidak pernah sama sekali sebarang mandat diberikan kepada sesiapa untuk berunding dengan PKR mahupun DAP.

MUKTAMAD! Perjanjian Anwar Yang Melibatkan Hamzah, Muhyiddin & Azmin Kami Tolak – DAP, AMANAH


Sebaran :

Leave a Reply