Siapa pun melompat, Pas tetap selamat – Hadi


Pas merupakan sebuah parti yang paling berpengalaman dalam menghadapi perangai politik melompat parti.

Itu dakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ia sudah menjadi perkara biasa khususnya dalam sistem demokrasi yang menjadikan politik terlalu dinamik.

“Maka, terdapat makhluk manusia yang berakal berubah fikirannya dengan kematangan, bahkan terdapat juga yang hanyut kerana gelombang yang memabukkan fikirannya.



“Sama ada disebabkan oleh tekanan hidup yang mencabar atau tekanan perjuangan yang menyusahkan,” katanya dalam Minda Presiden Pas hari ini.

Menurut Abdul Hadi, khusus bagi Pas yang meletakkan Islam menjadi dasar perjuangan, pergerakan dan aktivitinya makan partinya wajib berpandukan kepada Islam dalam perjalanan serta hala tujunya.

Katanya, mereka wajib beristiqamah untuk menegakkan Islam sehingga banyak cabaran yang akan ditempuhi dan jauh perjalanannya yang akan dilalui.

“Hanya mereka yang berjati diri dan berjiwa kental bersama aqidah Islam sahaja yang akan terus beristiqamah melangsungkan perjuangannya.



“Mereka yang rapuh akan melompat keluar parti, namun Pas terus menerima pendatang baharu dan menambahkan jumlah ahli yang akan terus mengalami proses tarbiah,” katanya. MG

Melompat, Tidak Ubah Hakikat Menang Atas Tiket UMNO/BN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker