Suami isteri maki polis kena tahan


KULIM – Sepasang suami isteri ditahan kerana merentas negeri tanpa kebenaran selain menghalang tugas penjawat awam ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Junjong di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, anggota polis SJR menahan sebuah kereta Honda Jazz dinaiki pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki dari arah Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pasangan tersebut memberi alasan mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anak di Kedah namun gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri atau dokumen berkaitan pertukaran persekolahan.

“Anggota polis bertugas cuba menjelaskan secara berhemah kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan keluar negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.

“Ketika anggota polis meminta kad pengenalan lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin, pasangan suami isteri itu bertindak keluar kereta dan memaki hamun anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azhar, susulan itu pasangan terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk tindakan lanjut.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021,” ujar Azhar. MG

Sudahlah memandu dalam keadaan mabuk, maki polis pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker