Sudahlah memandu dalam keadaan mabuk, maki polis pula

Seorang lelaki yang enggan bekerjasama kepada polis kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk direman selama empat hari.

Suspek yang berusia 28 tahun itu juga disiasat kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis semasa menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku sekitar 3.20 pagi tadi.

“Semasa kejadian pasukan polis dari cawangan kereta peronda polis (MPV) IPD Petaling Jaya sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di Lebuh Raya Persekutuan, susur masuk ke Lebuh Raya Sprint.

“Anggota MPV telah terserempak dan menahan seorang lelaki warga tempatan yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa polis mengarahkan suspek masuk semula ke dalam kenderaan dan duduk di bahagian penumpang untuk dibawa ke cawangan trafik kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol suspek enggan memberikan kerjasama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek terus bertindak dengan mencetuskan provokasi ke atas anggota dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis.

“Suspek kemudian ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang cuba menghalang penjawat awam melakukan tugas.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang cuba mencabar pihak polis dan orang ramai dinasihatkan agar memberi kerjasama kepada pihak polis yang sedang menjalankan tugas,” tegas Nik Ezanee. MG

Shahril sebut ‘yes’ selepas dijatuhi hukuman penjara hina Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker