Tragedi kepala air Bidor, mangsa 3 beradik dikebumi dalam satu liang lahat

TAPAH: Jenazah tiga beradik yang terbabit tragedi kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh Bidor selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada kira-kira 6.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor.

Jenazah Hanum Marissa Azam, 2, Hafif Muhayat Azam, 4 dan Hanna Mikayla Azam, 7, dikebumikan bersebelahan kubur ibu mereka Aszura Bani, 37, yang turut terkorban dalam kejadian itu.

Terdahulu, jenazah ketiga-tiga beradik itu disolatkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor sekitar 5.20 petang oleh lebih 50 jemaah dalam kalangan ahli keluarga dan kariah masjid berkenaan.



Sebelum itu, jenazah Aszura yang merupakan peniaga buah-buahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah sebelah selatan, dikebumikan di lokasi sama pada 12.20 tengah hari tadi.

Dalam kejadian 4.03 petang semalam, Aszura dan tiga anaknya bersama kakak Aslinda Bani, 38, anak Aslinda yang berusia 12 tahun dan seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia terperangkap dalam kepala air ketika berkelah di Sungai Kenjur.

Mayat Aszura kemudian ditemui petang semalam diikuti mayat Hafif ditemui 9.45 malam tadi manakala mayat Hanna Mikayla dan Hanum Marissa ditemui sekitar 9 pagi tadi.

Sementara Aslinda dan anaknya serta pembantu rumah ditemui selamat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker