PRN Sarawak: 89 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

KUCHING – Sejumlah 89 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan jumlah itu melibatkan 18,141 pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada pada Selasa.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung serta tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.

Pengundian awal pada Selasa dilaksanakan di 85 pusat mengundi dengan 111 saluran disediakan. Ia berlangsung dari 7.30 pagi hingga 5 petang.

SPR menetapkan pengundian PRN12 pada Sabtu ini.- Bernama

PRN Sarawak: 89 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ganti Hari Merdeka dengan Hari Malaysia – Nazri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker