Ganti Hari Merdeka dengan Hari Malaysia – Nazri

Ganti Hari Merdeka dengan Hari Malaysia – Nazri

Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) berkata Hari Merdeka sepatutnya tidak dimansuhkan tetapi perlu digantikan dengan Hari Malaysia.

Beliau berkata, dua sambutan berbeza itu menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia dari Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Pada saya Hari Merdeka sepatutnya bukan dimansuh tetapi digantikan dengan Hari Malaysia.

“Ini adalah Perlembagaan Malaysia. Dia bukan Perlembagaan Malaya. Kita kena hentikan sentimen bahawa kita ini rakyat Semenanjung dan Sabah Sarawak,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat selepas kerajaan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021.

Nazri juga berkata, melangkah ke hadapan sebagai satu negara, Putrajaya perlu menggantikan Hari Merdeka yang disambut pada 31 Ogos dengan Hari Malaysia pada 16 Sept.

Beliau berkata, Hari Merdeka tidak bermakna kerana negara dikenali sebagai Malaysia.

“Ia akan menyebabkan dua pemikiran berbeza kerana kita mempunyai Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

“Jika kita benar-benar meraikan pembentukan Malaysia, wajar menyambut Hari Malaysia manakala Hari Merdeka boleh dibaca dalam buku sejarah,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri berkata ini akan menghentikan sentimen “kami dari Semenanjung atau dari Sabah dan Sarawak” kerana Hari Merdeka disambut kebanyakannya di Semenanjung dan Hari Malaysia disambut di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata rakyat dari negeri Borneo tidak mahu meninggalkan Malaysia tetapi berasa tidak berpuas hati kerana hak mereka tidak ditunaikan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Putrajaya mewujudkan mekanisme baharu bagi melaksanakan projek dengan kadar lebih pantas.

“Kita mahu pembangunan sama rata seperti yang dilihat di Semenanjung,” katanya.

Bung berkata, Putrajaya sepatutnya membenarkan kedua-dua Sabah dan Sarawak menguruskan projek mereka sendiri dengan dana diperuntukkan bawah bajet persekutuan, bukannya menunggu kerajaan persekutuan menyalurkan dana itu kepada mereka.

Ini akan membolehkan kedua-dua negeri melaksanakan projek dengan segera.

Bung juga berharap ada pembangunan sama rata untuk sekolah, kesihatan, pendidikan dan kemudahan internet atau Putrajaya mungkin dilihat tidak mempunyai sebarang komitmen terhadap Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, masa yang lama diambil untuk Malaysia melaksanakan MA63, dan kini kedua-dua negeri Borneo mahukan komitmen daripada kerajaan persekutuan untuk membangunkan negeri-negeri itu.
FMT

Ganti Hari Merdeka dengan Hari Malaysia – Nazri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

One Comment

  1. Tidak ada istilah “Hari Merdeka” sebenarnya, yang sepatutnya disebut adalah “Hari Kebangsaan”. Hari Kebangsaan patut dikekalkan sebagai peringatan kepada masyarakat akan permulaan hasil pembentukan Malaya dan seterusnya Malaysia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker