Alasan keluar ambil duit, lelaki ghaib selepas bida aset Sajat

Alasan keluar ambil duit, lelaki ghaib selepas bida aset Sajat

Lelaki yang dilaporkan berjaya membida sebahagian barangan milik usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat di kediamannya dalam proses lelongan hari ini, tidak muncul untuk membuat pembayaran berjumlah RM132,000.

Individu dikenali sebagai Mohd Syazwan itu dikatakan belum membuat pembayaran setakat 4 petang tadi selepas beredar dari kediaman terletak di Kota Damansara itu untuk mengeluarkan wang.

Peguam Zeti Zulkifli daripada firma guaman NHA Advocates & Solicitors, berkata pihaknya sudah beberapa kali menghubunginya namun gagal.

“Beliau sepatutnya membawa wang ketika proses lelongan tetapi memberi alasan ingin keluar mengambil wang tunai RM132,000.

“Pihak kami memberikannya masa dan beliau berjanji akan kembali secepat mungkin ketika dihubungi pada 2 petang. Bagaimanapun, beliau gagal dihubungi selepas itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Berikutan itu, NHA Advocates & Solicitors akan membuat permohonan di mahkamah minggu depan bagi mendapatkan tarikh baharu proses lelongan barang di kediaman usahawan berkenaan.

Terdahulu, lelaki terbabit dilaporkan berjaya membida set barangan di ruang dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas kediaman dua tingkat milik Sajat.

Proses lelongan pada mulanya disertai lapan pembida namun berakhir dengan tiga pembida dengan enam kali bidaan sebelum harga RM132,000 diputuskan. FMT

Alasan keluar ambil duit, lelaki ghaib selepas bida aset Sajat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker