Hati saya dah berpunya – Tengku Zafrul

Hati saya dah berpunya – Tengku Zafrul

Terkejut dengan berita seorang wanita ditipu dengan janji-janji oleh individu yang menyamar sebagai ‘menteri kewangan,’ Tengku Zafrul Aziz mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya terdapat dakwaan yang sama berulang.

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah.

“Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2? Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Katanya, dia terkejut apabila terbaca laporan berita bahawa terdapat seorang guru tadika berusia 59 tahun di Bera, Pahang mengalami kerugian sebanyak RM4,200 akibat terperdaya dengan janji-janji manis oleh individu yang menyamar sebagai dirinya itu.

“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana.

“Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan.

“Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali,” katanya.

Menurut laporan berita, pihak polis berkata suspek menggunakan nama ‘Tengku Zafrul’ di laman Facebook dan turut memperkenalkan dirinya sebagai menteri kewangan.

Suspek turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp. Mk

Hati saya dah berpunya – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker