Pegawai tinggi SPRM didakwa miliki 4 juta saham syarikat tersenarai awam

Pegawai tinggi SPRM didakwa miliki 4 juta saham syarikat tersenarai awam

Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa mendakwa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilik 4.2 juta saham dalam dua syarikat tersenarai awam.

Ahli Parlimen PKR itu memfailkan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan dakwaan berkenaan.

FMT tidak menyiarkan nama pegawai terbabit dan syarikat berkenaan sehingga menerima komen lanjut daripada mereka.

Menurut Sivarasa, beliau dimaklumkan bahawa pegawai tinggi SPRM itu menjadi pemilik 930,000 saham sebuah syarikat tersenarai pada 2015 dan memiliki 1,029,000 saham lagi pada tahun berikutnya.

Sivarasa berkata, pegawai tinggi itu turut menjadi pemilik 2,156,000 waran dalam sebuah lagi syarikat tersenarai awam pada 21 Mac 2016.

Beliau menjadi pemilik saham dan waran itu semasa menjadi pengarah SPRM, menurut Sivarasa.

“Seksyen 10 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 19893 menghendaki pegawai awam mengistiharkan semua harta mereka kepada ketua jabatan masing-masing.

Sivarasa berkata, persoalan yang timbul adalah “apakah sumber dana yang digunakan untuk beliau membeli saham dan waran ini. Adakah beliau mengisytiharkan aset ini kepada pihak atasan.”

Sivarasa mahukan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM untuk menentukan sama ada pemilikan aset itu merupakan aset kelebihan yang menjadi kesalahan bawah akta berkenaan. FMT

Pegawai tinggi SPRM didakwa miliki 4 juta saham syarikat tersenarai awam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker