5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS

PETALING JAYA: Lima mangsa rentung dalam nahas di KM246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, selepas Terowong Menora tengah malam tadi, adalah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) di Kuala Kangsar.

Mereka adalah pemandu kereta, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; penumpang hadapan, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dan tiga penumpang belakang, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Usas, Ahmad Zaki Hasan mengesahkan dua daripada mangsa itu ialah pelajar diploma, manakala tiga lagi pelajar ijazah sarjana muda.

“Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

“Kita juga telah maklumkan kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir di hospital bagi proses pengecaman.

“Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata nahas itu membabitkan lapan mangsa, di mana lima daripadanya yang menaiki kereta itu maut di tempat kejadian dengan 90% terbakar, manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

Katanya, kereta yang dinaiki lima mangsa itu terbakar dan menyebabkan treler bermuatan besi turut terbakar 90%, manakala treler membawa muatan mozek hanya terlanggar bahagian belakang treler terbakar itu.

Sementara itu, polis mengesahkan kepada Bernama pemandu treler terbabit ditahan bagi membantu siasatan kemalangan itu.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada kira-kira 1.45 pagi dan lelaki berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker