Sperma cacat selepas hisap ganja

Sperma cacat selepas hisap ganja

Seorang lelaki mengambil ganja (cannabis) kononnya untuk merangsang daya seksual dan kesuburan, bagi mendapatkan zuriat selepas lapan tahun berumah tangga.

Bagaimanapun, kesan sebaliknya berlaku apabila keinginan seksualnya merosot, ereksi lemah selain ujian air mani menunjukkan peratusan sperma cacat yang tinggi.



Kisah tersebut dikongsikan oleh Doktor Perubatan Am, Seksual dan Reproduktif, Dr. Ahmad Ramdan Zainordin mengenai seorang pesakit lelaki yang menerima rawatan daripada beliau.

“Saya menunggu kajian klinikal terkini tentang kesan ganja rekreasi (recreational cannabis) kepada kesuburan lelaki, yang akhirnya dikeluarkan pada minggu lepas.

“Ia jelas terbukti sekali lagi, mengakibatkan paras testosterone merosot dan mencacatkan bentuk sperma,” katanya pada hantaran di media sosial.

Beliau berkata, testosterone yang merosot menyebabkan ereksi zakar menjadi lemah dan keinginan seksual semakin berkurangan.



“Bentuk sperma yang tidak normal pula merendahkan peluang mendapatkan zuriat membawa kepada ketidaksuburan suami.

“Pemahaman sesetengah lelaki bahawa pengambilan ganja untuk menjadi lebih ‘gagah’ adalah tidak benar. Kemungkinan kesan ini tidak hanya terhad kepada ganja, tetapi juga kepada pelbagai jenis dadah rekreasi yang lain,” jelasnya. K Online

Sperma cacat selepas hisap ganja


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]



‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker