Raih kutipan RM22 juta, Abang Long Fadil 3 Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

Sambutan baik ini membuktikan penonton masih meletakkan kepercayaan pada karya-karya tempatan

Raih kutipan RM22 juta, Abang Long Fadil 3 Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

FILEM aksi komedi, Abang Long Fadil 3 yang ditayangkan di pawagam secara rasmi sejak 8 September lalu, telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM22 juta.

Kejayaan tersebut sekali gus memecah rekod sekuel terdahulu, Abang Long Fadil 2 yang meraih RM18 juta dalam masa 45 hari.

Sambutan baik ini membuktikan penonton masih meletakkan kepercayaan pada karya-karya tempatan dan sekali gus memperlihatkan industri filem Malaysia kembali meriah.

Selain Zizan Razak dan Elizabeth Tan sebagai tunggak utama dan Datuk AC Mizal, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Maya Karin, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 telah mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Raih kutipan RM22 juta, Abang Long Fadil 3 Pecah Rekod Sekuel Terdahulu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker