Remaja 17 tahun hilang selepas keluar dari rumah perlindungan

Remaja 17 tahun hilang selepas keluar dari rumah perlindungan

Remaja 17 tahun hilang selepas keluar dari rumah perlindungan
Thavamalar itu kali terakhir dilihat di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 di sini pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam. – Foto ihsan polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari rumah perlindungan sejak Khamis lalu.

Remaja dikenali Thavamalar itu kali terakhir dilihat di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 di sini pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, laporan kehilangan mangsa diterima jam 5.13 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati remaja berkenaan keluar dari rumah perlindungan sebelum dilaporkan hilang.

“Usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Beliau berkata, ciri-ciri fizikal mangsa adalah berketinggian 159 sentimeter, berat 52 kilogram, berkulit coklat, berambut panjang hitam serta berbadan kurus.

Remaja 17 tahun hilang selepas keluar dari rumah perlindungan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker