PM umum kenaikkan gred guru besar, penolong kanan hingga DG54

KUALA LUMPUR: Gred guru besar dan guru penolong kanan sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi faedah secara langsung kepada seramai 2,047 pegawai perkhidmatan pendidikan seluruh negara, umum Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, guru besar gred DG48 (khas untuk penyandang) juga tidak lagi akan diturunkan sebagai guru penolong kanan atau guru biasa di sekolah rendah apabila dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan DG54 secara time based Berasaskan Kecemerlangan (TTBK).

“Pelaksanaan ini akan menaik taraf gred hakiki bagi jawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan serta membolehkan mereka yang telah dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi, kekal di jawatan itu sehingga Gred DG54,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 200 guru besar di Semenanjung yang akan dinaikkan ke gred DG52 dalam tempoh dua tahun ini buntu memikirkan nasib mereka yang dikatakan akan “turun pangkat” dengan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Perdana menteri berkata, isu gred guru besar di sekolah rendah yang hanya dihadkan kepada DG48 dan guru penolong kanan pada Gred 44 sebelum ini, merupakan antara dibangkitkan NUTP kepadanya secara peribadi.

Ismail berkata Kementerian Pendidikan juga sedang mengkaji struktur perjawatan guru besar dan guru penolong kanan sekolah rendah melalui cadangan Model Sekolah dengan penetapan gred fleksi sehingga DG54 bagi memastikan kedudukan pentadbir sekolah sentiasa terpelihara, di samping mengekalkan keharmonian dalam kalangan warga sekolah.

Selain itu, pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) gred DG48 juga akan diberi peluang dilantik sebagai guru penolong kanan di sekolah rendah, justeru guru penolong kanan di sekolah rendah tidak hanya terhad kepada gred DG44 sahaja.

Menurutnya, guru penolong kanan yang telah dinaikkan pangkat gred yang lebih tinggi juga akan kekal di jawatan itu sehingga gred DG54.

Perdana menteri turut mengumumkan laluan kerjaya guru cemerlang di sekolah rendah juga diperluas sehingga ke gred DG52 dan DG54 memandangkan 90.68% guru sekolah rendah telah pun berada di gred Siswazah.

Mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas komitmen padu diberikan guru terutama ketika negara dilanda pandemik Covid-19, Ismail memberi jaminan keluh-kesah pegawai perkhidmatan pendidikan akan sentiasa didengar kerajaan.

“Ketahuilah, kerajaan amat menghargai pengorbanan semua guru…Sesungguhnya tanpa guru, saya juga tidak mungkin berada di sini, di hadapan warga NUTP sekalian hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan!” katanya.

Pada masa sama, kerajaan juga menurutnya sedang berusaha mengatasi pelbagai isu membelenggu pendidikan negara seperti penyelenggaraan sekolah-sekolah bagi menjaga aspek keselamatan, elaun penolong kanan sekolah yang perlu dikaji semula dan kekurangan guru yang harus diatasi segera.

Sekolah daif

Beliau berkata, kerajaan juga mengambil berat isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan perkara itu diberi perhatian serius dalam Bajet 2023 yang akan dibentang Jumaat depan.

Katanya kerajaan juga menyedari terdapat lima juta murid di 10,250 sekolah memerlukan kemudahan ICT yang terkini, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

“Masa depan negara terletak di tangan generasi muda yang menerima didikan guru-guru yang memikul tanggungjawab untuk melahirkan warga Keluarga Malaysia yang kreatif, inovatif sehingga mampu bersaing di pentas dunia.

“Oleh itu saya berharap agar guru-guru terus memainkan peranan yang diberikan dengan berkesan walaupun berdepan pelbagai cabaran, yang adakala membuat guru-guru berasa lelah dan kecewa seolah-olah usaha mereka tidak disokong serta dihargai,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyeru semua ibu bapa supaya sentiasa memberikan kerjasama kepada guru dan pihak sekolah dalam menjayakan usaha mereka meningkatkan pencapaian akademik atau kokurikulum anak-anak.

“Sewajarnya, ibu bapa menggunakan saluran yang betul untuk mengatasi sebarang masalah berbangkit, sekali gus membantu menaikkan semangat dan motivasi guru-guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker