‘Panglima Pasir Salak’ digantung keahlian selama 6 tahun

 

‘Panglima Pasir Salak’ atau Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sah digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, keputusan itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan di Menara Dato Onn, malam tadi.



Jelas sumber, Tajuddin yang juga bekas ahli MT UMNO itu digantung kerana membuat kritikan secara terbuka yang disifatkan kepada parti, bukannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Memang betul (mereka) digantung enam tahun. (Alasannya tentu) semua sudah tahu sebab apa. Dia (Tajuddin) ada buat sidang media terbuka. Dia bukan kritik Presiden tetapi (kritik) UMNO.

“(Namun, alasan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar digantung), itu saya tak pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Tajuddin mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka menyerang kepimpinan parti itu selepas beliau digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO.



Pada 27 Jun lalu, Tajuddin mendedahkan wujud akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Tajuddin dilapor berkata, beliau sendiri menjadi saksi dan turut menolak usaha gerakan berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker