Guan Eng Mengamuk Kerajaan Pahang Saman Ahli Parlimen DAP Yang Memfitnah

Oleh Nurul Aishah

KINI Lim Guan Eng jadi bahan jenaka apabila beliau dikatakan mengamuk apabila kerajaan Pahang menyaman Ahli Parlimen merangkap pakar radioaktif Lynas DAP Wong Tack yang memfitnah kerajaan Pahang membenarkan pembalakan haram.

Saman terhadap ahli Parlimen DAP ini adalah saman sivil dan peluang diberi kepada Wong Tack untuk minta maaf secara terbuka ataupun membuktikan tuduhannya dalam mahkamah.



Dalam perkara ini, tiba-tiba Lim Guan Eng dilihat terkeliru antara Ahli Parlimen dengan rakyat.

Anak Lim Kit Siang itu berkata kerajaan Pahang sepatutnya melindungi hak rakyat untuk kebebasan bersuara dan tidak mengambil kira sebagai fitnah terhadap mereka yang menentang dasar pembalakan atau perlindungan alam sekitar sedangkan kita tahu tindakan tersebut sebenarnya bermotifkan politik.

Tambahan pula rakyat yang Guan Eng maksudkan itu adalah ahli parlimen DAP Pahang yang ada kepentingan untuk memburukkan kerajaan Pahang.

Mungkin Lim Guan Eng lupa bahawa kerajaan Pakatan Harapan(PH) dahulu telah membentuk pasukan khas bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Peguam Negara untuk mencari sampai ke lubang cacing bagi menangkap mereka yang memfitnah Guan Eng.



Ini kata-kata Timbalan Menteri PH ketika itu:

“Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi membanteras pihak yang menyebarkan berita palsu, fitnah dan pembohongan terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kita bukan tidak boleh dikritik. Sesiapa sahaja boleh kritik kerajaan, kita boleh terima setiap kritikan itu, tetapi satu sahaja, jangan fitnah, buat berita palsu atau berbohong mengenai kerajaan.’ – Hanipa.

Ketika itu, tidak pula Lim Guan Eng mendesak agar kerajaan PH melindungi Rakyat dan bukan menangkap dan penjarakan mereka.



Sikap “double standard” DAP telah kita faham. Mereka tidak pernah ikhlas membela rakyat. Semuanya berkisar mengenai kepentingan politik individu dan DAP.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker