Kerajaan bincang sambutan Deepavali

Kuala Lumpur: Kerajaan akan membincangkan sambutan perayaan Deepavali yang bakal disambut bulan depan, susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.

“Mungkin esok atau lusa kita akan bincangkan mengenai sambutan perayaan Deepavali sama ada membenarkan (penganjuran sebarang aktiviti) atau tidak.

Tiada penganjuran Bazar Deepavali Klang

“Selepas perbincangan dibuat, saya akan umumkan seperti biasa,” katanya dalam sidang media secara virtual mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kemungkinan pelbagai penganjuran program termasuk bazar Deepavali yang mungkin diadakan dalam masa terdekat untuk kaum India membuat persiapan menyambut perayaan itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker