Mahathir tak pernah insaf – Anwar
Mahathir tak pernah insaf – Anwar
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau berpendirian tegas terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu tidak pernah insaf.
“Mahathir kalau dia hentam saya 10 kali, saya jawab sekali. Sekarang saya akan tegas sikit kerana kawan ini, dia (Mahathir) tidak pernah nak insaf,” katanya dalam program Sembang Kencang anjuran Kelab Wartawan Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Mengimbau tempoh dia dipenjarakan, Anwar berkata, perkara itu menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Mahathir, tetapi dendam itu reda seketika apabila Mahathir bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Ketika itu, katanya, semua bersetuju menamakan Mahathir sebagai perdana menteri, tetapi dengan syarat jawatan berkenaan perlu diserahkan kepadanya sebaik saja dia keluar dari penjara.
Namun, presiden PKR itu berkata, apa yang dirancang tidak berlaku, sebaliknya berlaku Langkah Sheraton membabitkan bekas pemimpin kanan PKR yang menggulingkan kerajaan PH.
“Sebab itu saya minta rakyat sokong saya kerana saya rasa, saya buat perubahan dan kebaikan, tapi kalau saya dendam, nak tendang orang, nak zalim pada orang, saya tidak setuju. Walaupun orang itu zalim kepada saya, tetapi saya tidak,” katanya.
Mengambil contoh pemenjaraan Najib Razak dalam kes SRC International, Anwar berkata, Ahli Parlimen Pekan itu tidak seharusnya menerima layanan sepertinya, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan yang perlu ada pada setiap individu.
“Perlukah Najib dilayan sebegitu rupa? Tidak. Saya tidak setuju. Tak payahlah letak atas simen, bagilah katil. Sebab apa? Sebab kita kena ada tekad moral lebih baik, lebih tinggi.”
Najib dipenjarakan sejak 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas disabitkan bersalah atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta. FMT
Mahathir tak pernah insaf – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Otai reformis pelik Anwar bisu isu hutan di Selangor
- Muhyiddin jangan baling batu sembunyi tangan – Khaled
- Serangan Muhyiddin Tanda PRU15 Sangat Hampir
- Sungguh Pelik! Lelaki Kehilangan Sijil Kematian Sendiri Siar Iklan Di Akhbar
- Muhyiddin serang Ismail petanda PRU15 makin hampir
- Muhyiddin kata Hadi kata
- Remaja 17 tahun dirogol bapa tiri selama lima tahun
- Pemimpin Bersatu melenting dengan amaran Takiyuddin
- Majlis perkahwinan jadi ‘pasar tani’ [VIDEO]
- Idea ditolak punca Yassin tinggalkan Senario
- Saya bergantung kepada keputusan PN bukannya PAS – Muhyiddin
- Lapan lelaki rogol pelajar tingkatan dua diberkas
- Angkasawan dakwa rakam kelibat ‘malaikat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)
Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet
You must be logged in to post a comment.