Ahmad Said ‘poster boy’ BN Terengganu

Ahmad Said ‘poster boy’ BN Terengganu

Barisan Nasional (BN) Terengganu mempertaruhkan bekas menteri besar, Ahmad Said sebagai “poster boy” dalam usahanya merampas kembali tampuk pemerintahan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Umno negeri, Rozi Mamat berkata, ketua Umno Terengganu itu akan dilantik sebagai menteri besar, jika BN berjaya menawan kembali Terengganu.



“Kita tidak boleh ada calon banyak-banyak, nanti celaru. ‘Poster boy’ kita, kepala kita, ‘jeneral’ (perang) kita ialah Ahmad Said dan kita putuskan beliau saja akan jadi ‘poster boy’ BN,” katanya.

Beliau berkata, BN Terengganu akan bergerak solo pada PRU15 dan yakin dapat memenangi 16 hingga 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

“Kalau kita buat keputusan bertanding solo, maknanya kita yakin menang, kalau kita tak yakin, kita tak akan buat keputusan.

“Kalau kita dapat 16 atau 17 daripada 32 kerusi DUN, kita sudah boleh memerintah. Walaupun PRU lepas kita lawan PAS yang bergerak solo, kita hanya menang 10 DUN dan dua Parlimen. Kita pernah kalah 28 DUN dan kita boleh menang kembali 28 DUN sebelum ini.”



Beliau merujuk keputusan PRU 1999, di mana BN Terengganu tumpas kepada PAS di 28 DUN, namun ia berjaya merampas semula 28 kerusi pada PRU 2004 dan menubuhkan kerajaan negeri.

Rozi menyuarakan keyakinan itu kerana mendakwa sejak PAS kembali menjadi kerajaan pada 2018, banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

“Kita BN, dulu masa jadi kerajaan pun ada kelemahan, tapi kita boleh beri perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, jika BN kembali mentadbir. Banyak isu yang gagal diselesaikan, tapi kami tak mahu dedahkan semua, sebab itu strategi kita.”

Katanya, BN Terengganu tidak ketandusan calon untuk dipertaruhkan dalam PRU15 memandangkan barisan kepimpinan negeri yang ada hari ini 80% muka baharu.



“Paling penting kepada kita Terengganu, kita ambil pendekatan calon diterima rakyat dan calon boleh menang,” katanya.

Kerajaan negeri BN pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman tewas pada PRU14, dengan hanya memenangi 10 DUN dan dua Parlimen berbanding PAS yang selesa menguasai 22 DUN dan empat Parlimen. FMT

Ahmad Said ‘poster boy’ BN Terengganu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker