Anwar beri bayangan akan bertanding kerusi ‘pengkhianat’
Anwar beri bayangan akan bertanding kerusi ‘pengkhianat’
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan akan bertanding di kerusi yang pernah ‘dilarikan’ oleh bekas pemimpin PKR.
Kenyataan itu sekaligus memberikan isyarat bahawa Presiden PKR itu berkemungkinan tidak mempertahankan kerusi Port Dickson.
“Kawasan kubu UMNO pun (PH) boleh masuk. Tetapi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima).
“Kemungkinan besar (saya bertanding) di kerusi pengkhianat,” katanya kepada pemberita pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI di sini malam tadi.
Anwar sebelum ini berkata beliau diberikan tawaran kerusi Parlimen Tambun.
Malah terdapat desas desus yang mendakwa Anwar akan bertanding di Parlimen Ampang.
Kerusi-kerusi yang ‘dilarikan’ antaranya Parlimen Gombak, Ampang, Bandar Tun Razak, Batu Pahat, Segamat dan beberapa lagi kerusi lain.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding atas tiket PKR pada PRU-14, bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). MG
Anwar beri bayangan akan bertanding kerusi ‘pengkhianat’
Baca Artikel Menarik:
- Otai reformis pelik Anwar bisu isu hutan di Selangor
- Muhyiddin jangan baling batu sembunyi tangan – Khaled
- Serangan Muhyiddin Tanda PRU15 Sangat Hampir
- Sungguh Pelik! Lelaki Kehilangan Sijil Kematian Sendiri Siar Iklan Di Akhbar
- Muhyiddin serang Ismail petanda PRU15 makin hampir
- Muhyiddin kata Hadi kata
- Remaja 17 tahun dirogol bapa tiri selama lima tahun
- Pemimpin Bersatu melenting dengan amaran Takiyuddin
- Majlis perkahwinan jadi ‘pasar tani’ [VIDEO]
- Idea ditolak punca Yassin tinggalkan Senario
- Saya bergantung kepada keputusan PN bukannya PAS – Muhyiddin
- Lapan lelaki rogol pelajar tingkatan dua diberkas
- Angkasawan dakwa rakam kelibat ‘malaikat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)
Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah
Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet