Majikan wajib tunggu dan ambil pekerja asing di KLIA
Majikan wajib tunggu dan ambil pekerja asing di KLIA
Majikan yang mengambil pekerja asing diwajibkan menunggu dan mengambil pekerja mereka yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Khairul Dzaimee Daud setiap majikan bertanggung jawab menguruskan dokumentasi pekerja-pekerja dan membuat pengesahan bahawa mereka adalah majikan kepada pekerja-pekerja tersebut.
“Peraturan Jabatan Imigresen Malaysia memberi tempoh selama enam jam kepada majikan untuk datang ke KLIA dan menerima pekerja-pekerja asing mereka.
“Dalam keadaan tertentu, tempoh ini akan dilanjutkan. Pekerja-pekerja asing berkenaan tidak akan dilepaskan keluar sehingga majikan sebenar sepertimana dalam permohonan tiba di KLIA untuk menerima mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kenyataan itu sebagai respons kepada dakwaan dilontar pihak tertentu di media sosial berhubung pengurusan masuk pekerja-pekerja asing ke Malaysia.
Khairul Dzaimee berkata, peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk memastikan semua pekerja asing mempunyai majikan yang sah.
Justeru tegasnya, kegagalan majikan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pekerja asing berkenaan diberikan notis ‘not to land’ (NTL) dan akan diarah pulang dengan penerbangan berikutnya ke negara asal.
“Sejak pembukaan semula sempadan negara Jabatan Imigresen Malaysia telah menguruskan kemasukan pekerja asing baharu berjumlah 98,079 mulai 1 April sehingga 26 September 2022.
“Jabatan ini berasa kesal dengan tuduhan yang tidak berasas oleh blogger berkenaan yang boleh menimbulkan salah faham dikalangan Keluarga Malaysia. Jabatan Imigresen Malaysia sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya. Mk
Majikan wajib tunggu dan ambil pekerja asing di KLIA
Baca Artikel Menarik:
- Ebit Lew ‘orang besar’, pengadu takut buat laporan, mahkamah diberitahu
- Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]
- Pekerja Pembinaan Maut Tertimbus Runtuhan Konkrit
- Madrasah Darussolihin tuntut ganti rugi RM20 juta, permohonan maaf
- Mahathir dan Anwar penjahanam
- Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah
- DAP kunci mulut berhubung kritikan Ronnie Liu
- Sanggah kenyataan Muhyiddin: Ahli PAS diminta setia kepada arahan Mursyidul AM
- Syarahan ekonomi Rafizi setaraf persediaan pelajar SPM – Shaiful
- Bersatu mungkin tak sokong Bajet 2023 – bekas menteri
- Patuh atau keluar, pindaan DAP tidak demokratik – Ronnie Liu
- Wanita diperkosa depan suami
- Jet pejuang lakukan aksi lagak ngeri, nyaris langgar jambatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut
Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]