Penyamun mahu curi lembu sanggup bunuh 11 orang
NAIROBI, KENYA – Sekurang-kurangnya 11 orang mati dibunuh geng penyamun lembu dalam satu insiden serang hendap di utara Kenya, kata polis seperti dilaporkan Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Lapan anggota polis, dua orang awam dan seorang ketua tempatan dilaporkan antara yang menjadi mangsa dalam keganasan di daerah Turkana itu pada Sabtu lalu.
Anggota-anggota Perkhidmatan Polis Negara kini memburu geng penyamun lembu itu yang bertindak menyerbu sebuah kampung dan mencuri haiwan ternakan milik penduduk.
Pertempuran berkaitan haiwan ternakan dan air sering berlaku di kawasan tersebut, yang kini berdepan dengan krisis iklim yang semakin buruk.
Polis Kenya menggelar serangan tersebut sebagai ‘serang hendap penjenayah dan pengecut’ ke atas orang awam dan anggota polis.
Susulan kejadian itu, beberapa anggota tambahan telah dikerah ke perkampungan di Turkana Timur bagi meningkatkan keselamatan dan meneruskan pemburuan suspek yang bertanggungjawab, yang didakwa merupakan ahli kumpulan etnik Pokot.
Bulan lalu, tujuh orang mati terbakar di daerah sama ketika diserang oleh militan Pokot. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.