Menang warga Malaysia, kalah digelar pendatang – Liridon

Menang warga Malaysia, kalah digelar pendatang – Liridon

Pemain naturalisasi negara, Liridion Krasniqi bersimpati terhadap ‘nasib malang’ menimpa Mohamadou Sumareh yang dikritik hebat susulan persembahan kurang memuaskan pada aksi final Piala Raja Thai ke-48 menentang Tajikistan, malam tadi.

Sumareh yang berasal dari Gambia dikecam selepas mempamerkan aksi ‘lemau’ sepanjang separuh masa pertama apabila kurang membantu Harimau Malaya melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan pada perlawanan di Chiang Mai itu.

Malah, lebih mencuri tumpuan adalah aksi Sumareh yang hampir saja dibuang padang selepas melakukan terjahan berbahaya terhadap pemain lawan iaitu Ehsoni Panshanbe di hujung babak pertama, ketika dia sudah menerima kad kuning pertama.

Situasi terbabit menyebabkan penyokong tidak berpuas hati dengan menganggap kehadirannya dalam skuad Harimau Malaya menyusahkan rakan sepasukan lain.

Liridon atau turut dikenali sebagai Mat Don melihat pemain negara terutama berstatus naturalisasi akan mengalami nasib ‘menang disanjung, kalah dipijak’.

“We are Malaysian when we win, an immigrant when we lose… (Kami rakyat Malaysia bila menang, dianggap pendatang ketika kalah),” tulis Liridon di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terdahulu, aksi final yang terjejas akibat hujan lebat itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebelum Harimau Malaya muncul naib juara apabila tewas 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti. HM

Menang warga Malaysia, kalah digelar pendatang – Liridon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker