Rakyat Russia lari keluar

Rakyat Russia lari keluar

Moscow: Tiket penerbangan keluar Rusia meningkat berkali ganda selepas ribuan rakyat negara itu enggan menyertai pencerobohan ke atas Ukraine.

Berdasarkan data aplikasi Flightradar24, terdapat peningkatan penerbangan keluar dari Rusia menuju Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Penerbangan bertambah menuju negara yang masih menawarkan perjalanan tanpa visa kepada rakyat Rusia habis dijual dalam masa beberapa jam.

Namun harga yang ditawarkan syarikat penerbangan dengan harga melambung tinggi namun ia tetap mendapat sambutan tinggi.

Penerbangan dari Moscow ke Dubai yang dijual pada harga 181 pound sterling (kira-kira RM899) pada Januari lalu namun harga melambung sehingga 8,000 pound sterling (kira-kira RM39,000).

Malah, harga ke Armenia, destinasi paling hampir dengan Moscow juga dijual pada harga 1,000 pound sterling (kira-kira RM4,900).

Data menunjukkan hanya selepas beberapa jam pertama selepas ucapan Presiden Rusia Vladimir Putin, enjin pencarian Google merekodkan kenaikan carian ‘bagaimana untuk meninggalkan Rusia’.

Pada Jumaat, terdapat beberapa video yang menunjukkan kenderaan berbaris panjang tersangkut di lebuh raya menuju ke sempadan Rusia dan Kazakhstan.

Pengawal sempadan di Finland juga melaporkan penambahan mendadak direkodkan sepanjang sempadan tenggaranya ke Rusia.

Jumlah warga Rusia yang merentasi sempadan meningkat lebih daripada dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

Kira-kira 7,000 orang keluar dari Rusia pada Khamis dengan kira-kira 6,000 daripadanya warga Rusia.

Ini bermakna peningkatan 107 peratus berbanding hari yang sama minggu sebelumnya, menurut pengawal sempadan. HM

Rakyat Russia lari keluar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker