Kes kematian datin, polis cari Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil

Kes kematian datin, polis cari Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil

SEREMBAN: Polis masih menjejaki seorang lelaki yang dilihat kali terakhir bertemu dengan wanita bergelar datin yang ditemui mati dengan kesan kecederaan di rumahnya di Taman Paroi Jaya pada Jumaat lalu.

Lelaki terbabit yang juga suspek utama kes berkenaan sehingga ini dipercayai menyembunyikan diri dan polis giat mengesannya dengan risikan dan meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya membantu siasatan kes kematian Datin Noraida Nordin, 75.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya sedang memburu lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, suspek dikatakan individu terakhir datang ke rumah pasangan warga emas itu sebelum wanita berkenaan ditemui tidak sedarkan diri.

“Ketika ini pihak polis masih lagi mengesan lelaki berkenaan kerana selepas kejadian itu, dia dipercayai menghilangkan diri, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.

“Daripada maklumat yang kami terima daripada suami mangsa, seorang lelaki berusia 82 tahun, suspek dikatakan ke rumah mangsa. Jadi ia menjadi persoalan kenapa dia melarikan diri dan gagal dihubungi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffir, motif kejadian juga masih dalam siasatan memandangkan suspek sedang diburu, bagaimanapun setakat ini kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, katanya polis meminta individu bernama Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban atau mana-mana balai terdekat,” katanya.

Media Sabtu lalu melaporkan seorang wanita warga emas berusia 70-an ditemui mati di rumahnya di Taman Paroi Jaya sebelum polis dimaklumkan kejadian itu jam 8.25 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof dilaporkan berkata, siasatan awal menemui kesan kecederaan pada badan mangsa selain beberapa barangan peribadinya juga didapati lesap. BH

Kes kematian datin, polis cari Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker