Tiga lagi pegawai MBSA ditahan SPRM

Tiga lagi pegawai MBSA ditahan SPRM

Tiga lagi pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan tender projek ‘Shah Alam Sustainable Urban Drainage Masterplan’ (SASUD).

Tangkapan terbaharu semalam menjadikan seramai tujuh pegawai MBSA dan seorang kontraktor ditahan agensi penguat kuasa, setakat hari ini.



BH sebelum ini melaporkan lima individu ditahan SPRM setakat semalam susulan serbuan ke pejabat MBSA pada Isnin lalu bagi membantu siasatan tender projek tebatan banjir berkenaan.

Empat daripada mereka dilaporkan berkhidmat dengan MBSA, iaitu dua jurutera dan masing-masing seorang pembantu jurutera serta penolong pegawai tadbir. Seorang daripada jurutera itu dipercayai menyediakan dokumen berkaitan dan senarai kontraktor untuk projek SASUD.

BH hari ini mendedahkan, SPRM mengesan 68 syarikat kontraktor dalam senarai dipercayai disediakan jurutera MBSA yang didakwa ditawarkan tender projek pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Semalam BH melaporkan SPRM mengesan kewujudan kartel dalam MBSA yang dipercayai memonopoli tender projek mega di bandar raya berkenaan. BH



Tiga lagi pegawai MBSA ditahan SPRM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker