Motosikal berkuasa besar terbabas langgar ayam hutan, dua beranak maut

Motosikal berkuasa besar terbabas langgar ayam hutan, dua beranak maut

KOTA TINGGI: Dua beranak maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki, terbabas merempuh sebatang pokok selepas terlanggar ayam hutan di Kilometer 39.5, Jalan Kota Tinggi – Kluang, malam tadi.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu jam 8 malam.



Penunggang motosikal jenis Yamaha MT-09, lelaki berusia 40 tahun dan anaknya berusia sembilan tahun, maut di lokasi.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal terbabit yang dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Felda Pengeli Timur, ketika sampai ke lokasi kejadian telah hilang kawalan akibat melanggar seekor ayam hutan yang secara tiba-tiba melintasi jalan.

“Motosikal itu terbabas ke kawasan rumput di bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Orang awam yang melalui jalan tersebut pada jam 7.40 malam menyedari sebuah motosikal terbabas di bahu kiri jalan lalu memaklumkan kepada pihak Polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Hussin berkata, siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

“Orang awam dinasihati supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH

Motosikal berkuasa besar terbabas langgar ayam hutan, dua beranak maut




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker