Jadual SPM 2021 terus undang kritikan

Jadual SPM 2021 terus undang kritikan

Keputusan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) Khamis lalu mengundang pelbagai reaksi daripada calon peperiksaan dan ibu bapa.

Ia berikutan ada tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac sehingga 20 Mac 2022 itu, jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari sehingga 20 Mac 2022.

Bagi bapa calon SPM dari Pulau Pinang, Roslan Abdul Rahim, 56, keputusan KPM mengadakan kertas mata pelajaran elektif pada Jumaat dan Ahad sebenarnya mempunyai pro dan kontra kepada calon peperiksaan serta ibu bapa.

Katanya, aturan waktu jadual jam 2.30 petang pada Jumaat tidak bersesuaian kerana bagi calon dan pegawai peperiksaan beragama Islam mereka perlu menunaikan solat Jumaat.

“Calon peperiksaan mungkin tergesa-gesa selepas selesaikan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

“Situasi itu tidak seharusnya dilalui mereka kerana SPM adalah peperiksaan terbesar untuk mereka walaupun ia mata pelajaran elektif. Namun untuk kertas pada sebelah pagi, ia tidak mendatangkan sebarang masalah,” katanya.

Beliau berkata, situasi itu boleh mendorong kepada calon SPM tergesa-gesa dan mungkin penat seterusnya mengganggu fokus mereka auntuk menjawab kertas peperiksaan.

Namun, untuk kertas peperiksaan pada Ahad katanya, mungkin ia satu perkara baharu yang perlu diterima oleh calon dan ibu bapa.

“Bagi saya untuk Ahad mungkin tiada masalah kerana rata-rata ibu bapa bercuti pada hari berkenaan.

“Mungkin ini peluang untuk mereka menghantar sendiri anak ke sekolah tetapi bagi pegawai peperiksaan atau guru, kami juga memahami situasi mereka yang dilihat perlu bekerja tanpa rehat sepanjang minggu peperiksaan,” katanya yang bekerja sendiri.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sudah mengemukakan permohonan kepada KPM untuk membuat perubahan pada jadual SPM 2021 berikutan tindakan itu seolah-olah KPM tidak mengambil kira kebajikan guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendedahkan beliau menerima terlalu banyak mesej aduan daripada calon SPM di laman rasmi akaun Twitternya, berkaitan jadual peperiksaan yang terlalu padat.

Bagi Anisah Adan, 39, dia tidak mempunyai masalah jadual SPM dijalankan pada Jumaat namun jika masa itu dapat dianjakkan kepada jam 3 petang.

“Jika calon mula menjawab pada jam 2.45 petang, ia mungkin menjejaskan fokus mereka kerana ada yang bergegas pulang daripada solat Jumaat dan mungkin tidak sempat untuk makan tengah hari.

“Untuk jadual Ahad pula, saya tidak berapa bersetuju memandangkan Ahad adalah masa untuk mereka berehat. Memang benar pelajar sudah lama terterap di rumah dengan menjalankan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), tetapi berilah mereka sedikit ruang untuk berehat bersama keluarga,” katanya. BH

Jadual SPM 2021 terus undang kritikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker