Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman
Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman
Kematian pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, 58, akibat komplikasi jantung semalam meninggalkan kesan tersendiri di kalangan penggiat seni seangkatannya.
Mereka menerusi media sosial meluahkan perasaan, selain berkongsi pengalaman masing-masing ketika bersama Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.
Penyanyi Datuk Hattan yang berada di Pulau Pinang semalam, melahirkan perasaan sedihnya tidak dapat menziarahi jenazah di Kota Bharu, Kelantan.
“Saya tahu saya akan merindui karya-karya arwah Bob kerana sepanjang kami bekerjasama selalunya akan menghasilkan lagu-lagu yang meletup.
“Apabila mendapat perkhabaran yang Bob sudah kembali menemui penciptanya, saya hilang kata-kata. “Apabila saya mendendangkan Rendang Tak Berbuah semasa persembahan petang tadi (semalam) air mata saya menitis. Fikiran saya melayang ke Kota Bharu,” tulisnya.
Menurutnya, dia bagaimanapun terus kuatkan semangat untuk terus mengadakan persembahan.
“Syukur apabila saya memohon penonton untuk sedekahkan Al-Fatihah, mereka membacanya untuk arwah. “Terima kasih orang-orang Kepala Batas. Allah jua yang membalas jasa baik kalian. Mari kita sama-sama doa moga Bob ditempatkan dikalangan orang-orang soleh,” tulisnya.
Bagi Joey BPR pula, dia mengenali Bob semasa tinggal di Chan Chin Mooi, pejabat Ito Production.
“Masa itu BPR rakam album pertama. pada 1987. Bob cuma pekerja gerai jual buah-buahan. Tiap-tiap hari datang lepak, bawak buah dan minuman ikat tepi. Masa itu dia tunggang Honda Cub.
“Bob selalu datang restoran aku, kat Bandar Puteri, Puchong dulu. Bawak anak-anak dia. Lepak sampai pagi. Tengok orang layan karaoke. Lama juga aku kerja dengan Bob ini.
“Company dia Bobent dulu buat projek konsert F1. Garang Bob ini. Selalu aku kena marah.
“M Nasir gelar dia ‘The Wrath of Bob’ yang bermaksud ‘Kemarahan yang Besar’ dia pernah marah. Sekali dia tumbuk pintu, berlubang besar,” katanya.
Joey turut mengakui amat menyayangi anak-anak Bob yang memanggilnya dengan nama Uncle Joey.
“Terutama Adam, yang sangat , bijak dan menghormati orang. Tapi Adam pergi dulu. Amatlah menyayat hati. “Aku doakan kau selamat menjalani kehidupan baru, di Alam Barzakh.
“Semoga Allah meletakkan kau, disamping mereka-mereka yang beriman, Insya Allah. Amin,” tulisnya. HM
Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.