Positif ganja di sempadan Thai, 5 didakwa

Positif ganja di sempadan Thai, 5 didakwa

Lima individu didakwa di Perlis atas kesalahan berkaitan dadah, selepas didapati positif ganja semasa pemeriksaan dilakukan di sempadan Thailand-Malaysia.

Thailand mendekriminalisasi penggunaan ganja pada 9 Jun lalu.

Ketua Polis Perlis, Surina Saad berkata, ujian air kencing dilakukan secara rawak ke atas pelancong yang memasuki Perlis dari Thailand dan sekiranya dicadangkan oleh pihak risikan.

“Jika didapati positif dadah, kita akan segera menahan mereka dan memasukkan mereka ke lokap, namun kita akan bebaskan mereka dengan jaminan polis sehingga mendapat laporan pemeriksaan air kencing dan mendakwa mereka di mahkamah.

“Setakat ini, kami telah mendakwa seramai lima pelancong warga Malaysia yang didapati positif dadah sejak dua bulan lepas antara 23 Julai sehingga kini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu Surina berkata daripada 96 individu yang diperiksa, 71 telah menjalani ujian air kencing, dengan 12 daripadanya didapati positif ganja.

Polis Perlis dilapor menggiatkan pemeriksaan air kencing terhadap pelancong Malaysia yang masuk dari Thailand di pusat pemeriksaan imigresen Wang Kelian dan Padang Besar.

Thailand membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan, namun tumbuhan itu dilihat dijual kepada orang ramai seperti tumbuhan biasa.

Boleh ditangkap walaupun hisap di Thailand

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Kedah Mohd Taufiq Maidin berkata pengembara Malaysia yang melintasi sempadan Thai-Kedah juga perlu menjalani ujian air kencing.

Katanya, mereka yang didapati positif ganja tetap akan didakwa walaupun mengambil barang terlarang itu di Thailand.

“Tidak kira di mana jenayah itu dilakukan, jika mereka didapati positif dadah, itu adalah satu kesalahan dan mereka akan didakwa kerana mengambil dadah,” katanya

Bagaimanapun, peguam Samantha Chong berkata langkah tersebut boleh dipersoalkan dan merupakan pembaziran wang pembayar cukai memandangkan Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa individu yang menghisap ganja di luar sempadan negara ini.

Chong berkata, ujian air kencing yang dilakukan ke atas 137,000 individu pada 2016 menelan belanja RM164.72 juta wang pembayar cukai.

Namun begitu, dia menyatakan bahawa Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya menyatakan mereka yang didapati positif dadah dianggap telah mengambil dadah tersebut melainkan mereka boleh membuktikan sebaliknya.

Ini bermakna tanggungjawab jatuh pada individu yang didapati positif di sempadan untuk membuktikan di mahkamah bahawa mereka mengambil dadah di Thailand, yang hanya akan menyebabkan pembaziran masa dan wang ringgit. Mk

Positif ganja di sempadan Thai, 5 didakwa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker