Mat Sabu dedah pembohongan Hadi dan PAS

Mat Sabu dedah pembohongan Hadi dan PAS

Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengatakan PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana isu hudud dan negara Islam adalah satu pembohongan semata-mata, kata Mohamad Sabu.

Presiden Amanah itu berkata isu negara Islam juga selesai pada 2008 apabila PAS bersetuju menggantikannya dengan negara berkebajikan ketika kedua-duanya mengadakan kerjasama.

Beliau turut mendakwa Hadi tidak menceritakan perkara sebenar kepada rakyat menjelangnya PRU2013 apabila punca ia meninggalkan DAP dan PKR juga kerana ingin bersama Umno ketika itu.

“Hadi tak cerita yang ini, iaitu DAP minta negara Islam tidak boleh disebut dan PAS bersetuju ganti negara Islam dengan negara berkebajikan atau negara yang adil. PAS sanggup gugur negara Islam dan diganti dengan kerajaan berkebajikan. Ada tak pemimpin PAS beritahu hal ini? Kenapa dia sembunyi fakta ini?.

“Menjelang PRU2013, isu hudud bergema di Malaysia dan pemimpin PR mengadakan perbincangan, akhirnya keputusan ‘agree to disagree’ (bersetuju untuk tidak bersetuju) dicapai, kita teruskan kerjasama dengan yang bersetuju bersama banyak perkara, yang tidak bersetuju satu, dua perkara, antaranya hudud.

“Bercerai dengan DAP tidak melalui perbincangan bukan masalah hudud tapi mereka ke arah nak bersama Umno, meninggalkan DAP dan PKR,” kata bekas timbalan presiden PAS itu dalam ceramah kelompok di PRK Simpang Jeram, malam tadi.

Beliau berkata PAS bertindak memutuskan hubungan dengan DAP melalui muktamar pada 2015 walaupun tanpa perbincangan panjang.

“Tapi presiden PAS kata DAP tolak negara Islam sebab itu pecah…tapi dia tok guru dia cakap kamu percaya.

“Bila ulama cakap tak benar orang terima tapi bila kita cakap, orang biasa tak terima kerana saya kononnya tidak berilmu,” kata Mohamad.

Pada ceramah di markas PAS Bakri Sabtu lalu, Hadi dilaporkan berkata PAS meninggalkan PR kerana keengganan DAP menerima hukum hudud.

PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS ditubuhkan pada 2008 berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen ketika itu selain menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak.

Bagaimanapun, gabungan itu terkubur tujuh tahun kemudiannya susulan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP. FMT

Mat Sabu dedah pembohongan Hadi dan PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker