Mahkamah benar Najib, anak tangguh penghakiman cukai RM1.7 bilion
Mahkamah benar Najib, anak tangguh penghakiman cukai RM1.7 bilion
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan bekas perdana menteri, Najib Razak dan anaknya, Nazifuddin menangguhkan penghakiman ringkasan mahkamah yang memerintahkan mereka membayar tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion.
Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan penangguhan itu selepas Peguam Kanan Hasil, Al-Hummidallah Idrus yang mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mahkamah mereka tidak membantah permohonan itu.
Peguam Farhan Shafee yang mewakili dua beranak itu memberitahu mahkamah, LHDN dalam sesi pengurusan kes sebelum ini menyatakan persetujuannya untuk penangguhan sementara menunggu rayuan Najib dan Nazifuddin mencabar penghakiman ringkasan terhadap mereka selesai.
Hakim lain yang turut bersidang dengan Tengku Maimun adalah Mary Lim dan Rhodzariah Bujang.
LHDN memfailkan saman terhadap Najib pada 2020 untuk menuntut cukai lebih RM1.69 bilion dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin.
LHDN memperoleh penghakiman ringkasan mahkamah terhadap mereka pada 22 Julai 2020, keputusan yang disahkan Mahkamah Rayuan pada September 2021.
Penghakiman ringkasan diberikan apabila mahkamah memutuskan pada peringkat awal bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan plaintif dan perbicaraan penuh yang perlu memanggil saksi untuk memberi keterangan tidak wajar.
Berdasarkan penghakiman itu, notis kebangkrapan difailkan terhadap Najib tahun lalu, selepas gagal membayar RM1.69 bilion. Nazifuddin juga dikenakan notis kebankrapan pada Mei.
Awal tahun ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan mereka dalam rayuan bagi mencabar tuntutan cukai RM1.7 bilion itu. FMT
Mahkamah benar Najib, anak tangguh penghakiman cukai RM1.7 bilion
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti