Bersatu dakwa markah Muhyiddin lebih tinggi dari Ismail

Bersatu dakwa markah Muhyiddin lebih tinggi dari Ismail

Bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad mendakwa rakyat lebih berpuas hati dengan kepimpinan presiden Bersatu itu berbanding Perdana Menteri kini, Ismail Sabri Yaakob.

Menjawab kritikan Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan yang meminta Muhyiddin cermin diri terlebih dulu, Marzuki membuat perbading mengenai kepuasan hati terhadap dua pemimpin itu melalui kajian dilakukan Merdeka Centre.

Katanya, berdasarkan kajian Merdeka Centre for Opinion Research, 72 peratus rakyat berpuashati dengan prestasi Muhyiddin pada bulan Mei 2020, 74 peratus (Julai 2020): 73 peratus (September 2020): 67 peratus (November 2020): 63 peratus (Januari 2021): 68 peratus (April 2021) dan 57 peratus (Jun 2021).

Muhyiddin meletakkan jawatan selepas tidak mendapat sokongan majoriti pada bulan Ogos 2021.

“Markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai perdana Mlmenteri ialah 67 peratus. Ini adalah markah lulus dengan baik.

“Muhyiddin lulus dengan baik sebagai perdana menteri walaupun pada ketika itu beliau memimpin negara mengharungi krisis kesihatan yang paling buruk dalam sejarah negara dan dunia, iaitu Covid-19.

“Beliau juga diasak dengan begitu teruk oleh musuh di luar dan di dalam selimut yang menyerang hendap beliau siang dan malam dengan tuduhan pengkhianat, kerajaan gagal, kempen bendera putih dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dua hari lalu, Shahril yang juga ketua penerangan Umno membidas Muhyiddin selepas bekas perdana menteri itu meminta Ismail Sabri membubar Parlimen jika gagal menguruskan negara.

Shahril dalam tulisannya mendakwa Muhyiddin gagal menguruskan negara ketika menjadi perdana menteri apabila lebih 10,000 perniagaan terpaksa ditutup ekoran Covid-19.

Meskipun Covid-19 menjadi punca, namun ia juga disebabkan kerana tiada ketegasan Muhyiddin dalam mencari jalan keluar bagi menghadapi kemelut itu.

Berbanding Muhyiddin, Shahril berkata Ismail Sabri berjaya menarik pelaburan sehingga angka tertinggi dalam sejarah dicatat sebanyak RM72.9 bilion bagi tempoh sembilan bulan.

Dalam pada itu Marzuki berkata, berdasarkan kajian yang sama terhadap Ismail Sabri, jelas perdana menteri memperoleh markah gagal.

“Beliau bermula dengan tahap kepuasan hati rakyat sebanyak 50 peratus pada bulan Oktober 2021: 48 peratus (Disember 2021): 49 peratus (Mac 2022): 48 peratus (April 2022): 40 peratus (Jun 2022) dan 35 peratus (Ogos 2022).

“Markah atau ‘approval rating’ perdana menteri telah menurun secara konsisten dengan purata 45 peratus

“Tanpa niat untuk menjatuhkan air muka perdana menteri, markah di bawah paras 50 peratus ini adalah markah gagal. Beliau mendapat markah gagal secara konsisten sejak awal tahun ini,” katanya. Mk

Bersatu dakwa markah Muhyiddin lebih tinggi dari Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker