Sudah 5 tahun anak diculik, dilarikan ke Thailand

Ibu harap anak ditemui

Sudah 5 tahun anak diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU: “Sudah lima tahun anak lelaki saya diculik dan dibawa lari ke Thailand namun sehingga kini tiada khabar berita,” luah seorang ibu.

Wan Shahrizal Wan Zulkifli, 55, bagaimanapun masih percaya anak ketiga dari empat adik-beradik itu masih hidup.

Wan Shahrizal merupakan ibu kepada Mohd Aiman Zafri, 29, yang kisah penculikannya oleh individu yang dipercayai anggota kumpulan sindiket pernah mendapat liputan media pada 2018.



Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan anaknya itu termasuk mencari di serata tempat di selatan Thailand.

“Bulan lepas saya berkunjung ke sana, sampai ke Pattani pergi untuk cari anak saya, tapi tak jumpa. Ada orang dakwa pernah lihat kelibat anak saya melalui cara pemakaian dia dan gaya dia, tapi tak tahu di mana dia berada.

“Bukan sahaja usaha mencari bahkan usaha melalui jalan alternatif lain turut dilakukan termasuk memohon bantuan ustaz dan pelajar tahfiz melakukan solat hajat dan istikarah.

“Apa yang menyedihkan, anak tunggal Aiman, yang kini berusia 7 tahun sentiasa bertanyakan ayahnya, bahkan sering bermimpi bertemu ayahnya,” jelasnya.



Katanya, anak Mohd Aiman, Muhamad Rayan Rizki ketika kejadian berusia dua tahun lebih dan tinggal bersama ibunya, Nur Azra Syazwani Abdullah.

Mengulas lanjut kejadian itu, katanya Mohd Aiman dibawa lari oleh kumpulan penjenayah pada 5 Julai 2017 sewaktu bersama isterinya pulang dari bekerja.

Wan Shahrizal berkata, anaknya itu dilarikan oleh lima lelaki di jalan Taman Maju, Kota Bharu pada jam 11.30 malam.

“Anak bersama menantu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum sebuah kereta yang dinaiki lima lelaki menghimpit dan mengambil anaknya di hadapan sebuah kedai runcit, di jalan Taman Maju di sini.



“Kumpulan terbabit mengambil Aiman menaiki kereta jenis Kia Sportage berwarna hitam dan meninggalkan isterinya di jalan berkenaan.

“Seminggu selepas itu, kumpulan terlibat meminta wang tebusan berjumlah RM50,000 namun keluarga saya hanya dapat membayar RM22,000,” katanya.

Wan Shahrizal berkata pembayaran pertama berjumlah RM20,000 dibuat pada 14 Julai 2017 dengan meletakkan duit berkenaan di satu perhentian bas di Batu Karang, Rantau Panjang sekitar jam 5 petang.

Selang beberapa hari penjenayah meminta wang lagi berjumlah RM5,000, namun dia hanya mampu menyediakan RM2,000 dengan memasukkan wang berkenaan melalui akaun bank milik isteri salah seorang rakan Mohd Aiman.

“Kesemua panggilan meminta wang tebusan itu menggunakan nombor telefon Thailand, namun selepas membayar wang yang diminta, sehingga kini mereka tidak menghantar Aiman seperti yang dijanjikan,” jelasnya lagi.

Sepanjang kehilangan anaknya itu, tujuh laporan polis sudah di buat.

“Saya tak tolak kemungkinan Aiman dan rakannya dikenali sebagai ‘Pok Wae’ ada kaitan dan mempunyai hutang dengan kumpulan tertentu, tetapi Aiman tak pernah ceritakan sehinggalah Aiman dibawa lari,” tambahnya.

Pada waktu itu pihak polis membuka siasatan dan mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Pok Wae yang merupakan suspek utama kes culik berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu pada waktu itu, Superintendan Noor Halim Nordin berkata, suspek yang dikenali sebagai Ahmad Syazwan Ayub, dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Katanya siasatan lanjut menunjukkan suspek utama itu bersama empat lagi lelaki membawa mangsa ke pekan Sungai Golok selepas kejadian itu.

Pihak polis juga telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 26 tahun yang merupakan kenalan kepada mangsa pada waktu kejadian itu.

Walaupun bantuan Interpol dan juga pihak berkuasa Thailand membantu mengesan Aiman dan rakannya Pok Wae, sehingga kini kedua-dua individu berkenaan masih gagal dikesan. Awani

Sudah 5 tahun anak diculik, dilarikan ke Thailand


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker