Hulu Langat hina saya – MP Kuala Terengganu

Hulu Langat hina saya – MP Kuala Terengganu

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menyifatkan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) menghina beliau dan mahkamah apabila mendakwa Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula calon yang mengamalkan rasuah dan sogokan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 12 Ogos lalu.

Ahmad Amzad daripada PAS itu membangkitkan isu berkenaan pada awal permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (6).

Sehubungan itu beliau mendesak Mohd Sany menarik balik dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, dakwaan Mohd Sany ketika mencelah perbahasan Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh (PN-Besut) pada sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 semalam tular di media sosial.

“Saya memetik kata-kata Hulu Langat – ‘mahkamah putuskan ada isu berlaku kesalahan dan kemenangan calon Kuala Terengganu dibatalkan dan PN mencalonkan semula semula calon yang lakukan amalan rasuah dan sogokan’.

“Ini menyimpang daripada warta keputusan hakim mahkamah yang tidak mensabitkan saya dengan kesalahan amalan rasuah dan dalam warta penghakiman tidak menamakan mana-mana pihak.

“Ini menghina mahkamah dan menghina saya sebagai wakil rakyat. Apa yang disabitkan adalah berkaitan program kerajaan dan mahkamah dalam keputusan sama di Kuala Terengganu, di Marang telah memberi keputusan berbeza dan Ketua Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan pemberian insentif kerajaan tiada unsur rasuah.

“Ini menghina saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan saya minta kenyataan itu ditarik balik,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor kemudiannya menyarankan Ahmad Amzad mengemukakan usul sama ada mengikut Peraturan Mesyuarat 36, 18 atau 17 untuk dewan putuskan perkara berkenaan.

“Apa yang dibangkitkan itu ada caranya… saya sarankan Yang Berhormat Kuala Terengganu ambil remedi buat usul 36 atau 18 atau 17, bangkitkan perkara itu untuk diputuskan,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kerusi dimenangi Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu dibatalkan atas dakwaan rasuah pengundi.

Pada PRU15, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 40,907 undi.

Ahmad Amzad berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 47,266 undi dalam PRK 12 Ogos lalu.

Ahmad Amzad mencatat kemenangan buat kali ketiga dengan majoriti jauh lebih besar berbanding kemenangan kali pertama di Parlimen itu pada PRU14 dan kemenangan kedua pada PRU15.

Beliau memperoleh 68,369 undi mengetepikan calon Pakatan Harapan (PH) Azan Ismail yang memperolehi 21,103 undi. BH

Hulu Langat hina saya – MP Kuala Terengganu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker