PM Ismail Sabri Jamin Komuniti India Tidak Dipinggir Dalam Pembangunan Negara

Mengambil Semangat Keluarga Malaysia, 'No One Will Be Left Behind'

PM Ismail Sabri Jamin Komuniti India Tidak Dipinggir Dalam Pembangunan Negara

Perdana Menteri memberi jaminan komuniti India tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

Dengan mengambil semangat Keluarga Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tiada sesiapa akan ketinggalan, dan pelbagai program dilakukan kerajaan bagi memperkasa komuniti itu.

“Mengambil semangat Keluarga Malaysia, no one will be left behind. Lebih-lebih lagi sebahagian daripada punca peningkatan jenayah berpunca pendidikan, dari status ekonomi, pengangguran dan lain-lain

“Mengambil perkara itu, kerajaan telah meluluskan berbagai-bagai peruntukan bagi masyarakat India. Ia termasuk RM100 juta bagi membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial masyarakat India di bawah Kementerian Perpaduan.

“RM100 juta bagi pembangunan sosioekonomi masyarakat India untuk program pembangunan usahawan, program modal insan dan pembangunan sosial, kebajikan, dan kerohanian, serta program penyelidikan kajian pembangunan sosioekonomi masyarakat India,” katanya semasa berucap melancarkan Briged MIC Peringkat Kebangsaan di Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini.

Selain itu, katanya kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta bagi program skim pembangunan usahawan masyarakat India melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (JKMPSI) membuktikan Keluarga Malaysia kaum India amat penting dalam pentadbirannya demi meningkatkan taraf hidup sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai latihan kemahiran upskilling dan reskilling, gig ekonomi dan program-program lain yang memberikan manfaat kepada 42,544 pelatih daripada kaum India sehingga Ogos 2022 dengan nilai dan latihan berjumlah lebih RM76.9 juta,” ujarnya.

Bagi tujuan penempatan pekerjaan pula, katanya seramai 68,996 orang dari komuniti India telah dibantu kerajaan sehingga September 2022 dalam pelbagai bidang kemahiran dan industri.

Malah, bagi membantu usahawan kecil, katanya TEKUN telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membantu kumpulan itu.

Perdana Menteri berkata, walaupun ketika pandemik COVID-19 melanda negara, peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tetap diberikan oleh kerajaan dengan nilai RM39 juta.

“Kita yakin apabila keadaan pulih, kita akan berikan peruntukan seperti sebelum COVID-19 melanda negara. Peruntukan ini tidak termasuk senarai panjang yang diberikan oleh Presiden MIC kepada saya.

“Senarai panjang itu bukan setakat mengenai SJKT, tetapi juga mengenai kuil dan semuanya telah diluluskan,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya dalam sektor tertentu melibatkan peniaga India, Kementerian Sumber Manusia meluluskan kemasukan pekerja asing bagi sektor berkaitan besi buruk, dobi dan restoran dengan bersyarat.

Selain itu, Perdana Menteri juga meluluskan peruntukan khas sebanyak RM2 juta untuk Batu Caves.

“Dalam Bajet 2023 banyak perkara akan diumumkan untuk komuniti India di Malaysia,” tambahnya.AA

PM Ismail Sabri Jamin Komuniti India Tidak Dipinggir Dalam Pembangunan Negara

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker