Penganggur bunuh bapa kerana bosan jaga orang sakit

Penganggur bunuh bapa kerana bosan jaga orang sakit

Seorang lelaki di wilayah Jawa Timur, Indonesia tergamak membunuh bapa sendiri yang lumpuh kerana bosan menjaga orang tua itu dan mahu keluar merantau, lapor laman berita Detik semalam.

Suspek, Fahri Wahyu Erfanto ialah seorang penganggur dan tinggal bersama ayahnya iaitu Wachid selepas mangsa diserang angin ahmar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semalam di Desa Dadapan, Kabupaten Ngawi.

Menurut kenyataan Ketua Polis Ngawi, Komisioner Hendry Ferdinand Kennedy, suspek pernah meminta wang daripada mangsa untuk berhijrah ke bandar tetapi tidak diendahkan.

“Suspek mengaku kepada polis dia bosan menjaga ayahnya yang sakit sehingga sanggup membunuh mangsa.

“Berdasarkan keterangan beberapa saksi, suspek memang tiada pekerjaan lain selain menguruskan ayahnya setiap hari,” jelas Hendry. K Online

Penganggur bunuh bapa kerana bosan jaga orang sakit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker