Jika PM bubar esok pun kami telah bersedia – Ketua Pemuda BN

KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) sedia untuk gendang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dipalu bagi melangkah ke medan perjuangan tersebut.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pergerakan itu akan memastikan mereka akan terus bersedia untuk bila-bila masa sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut beliau, tiada zaman pemuda BN sebelum ini yang boleh dibandingkan dengan generasi pemuda BN kini kerana kita sudah merasa menjadi pembangkang.

“Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nak isytihar bubar, esok pun kami sedia. Kita sudah melalui proses ini selama empat tahun lebih, motivasi dan semangat kami sudah sampai ke tahap maksimum.

“Saya bersama pemimpin-pemimpin parti turun ke 191 bahagian dan melihat sendiri kesiapsiagaan di semua bahagian itu. Saya boleh kata pemuda BN sudah bersedia untuk menghadapi PRU15,” katanya dalam menyampaikan amanat semasa majlis pelancaran jentera pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut menegaskan bahawa kejatuhan Pakatan Harapan (PH) selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan bukan disebabkan BN, tetapi disebabkan ‘duri dalam daging’ sendiri.

“Kena ingat, semua pencacai-pencacai di luar sana yang kononnya mendakwa kita bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan PH. Betul, Pemuda BN memainkan peranan mendesak itu dan ini tetapi kena ingat balik yang menjatuhkan mereka adalah mereka sendiri.

“Dasar DNA pengkhianat, lari daripada kita masuk kesana mengkhianat juga. Kalau ikutkan kita mempunyai pendirian jelas, kita mahukan PRU15 dan sepakat mahu pulangkan mandat kepada rakyat,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker